0

TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH

Posted by finie && eddie on 2/15/2012 04:14:00 PTG
TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)

|
0

kehidupan baru ditempat baru

Posted by finie && eddie on 2/05/2012 12:24:00 PG
Dh hampur masuk sebelas bulan usia perkahwinan kami..rasa seperti semalam saja aku berkahwin... Tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan buat kami dan keluarga.. Rentetan peristiwa sepanjang thn 2011..bermula dengan majlis perkahwinanku di kota bharu pada bulan mac,majlis bertandang di kedah ada bulan april..pada bulan okober aku mengikut suamiku ke btu paht..pada buulan ini juga aku kehilangan abahku yang tersyg....suka dan duka hadir dalam tahun 2011..

Setakat ini shj utk yg pertama di tahun 2012 ini...jmpa lg ye..byk nk di kongsi tp masih blum berkesempatan...

|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi